Thursday 1 November 2012

T-Shirt Weeding Staff


Ok, baju staff kawen da siap da.. Tapi staf kenduri kawen still tak cukup lagi ni. Nak dalam 6,7 orang lagi. Pada yang sudi, mintak tolong ea.. Nanti dapat baju free + makan free.. Baju lawa tao.. susah-susah aku design ni. Kalo org tak nak, tak tahu la kan.. lawa..

Pada yang free dan sudi nolong pada majlis tu nanti, msg enset aku k.. tengkiuverimas~


Size Available for Wedding Staff T-Shirt:

XS - 2 (BOOKED!)
S - 2 (BOOKED!)
M - 3
L - 3
XXl - 1 (BOOKED!)










Sunday 21 October 2012

DIY oh DIY

assalamualaikum.
bersua kembali besama aishah :)
dah kena bebel dengan tuan tanah,baru tulis entry baru kan.hehe

entry kali ni i nak stori mori pasal DIY.omaigod,i  mmg suka sangat-sangat menggodek blog-blog bride to be yang banyak cite pasal DIY.macam dah jadik hobby dah.asyik2 belek blog bride to be.nampak sangat banyak berangan kan.

bila dah asek-asek godek blog bride to be nih,maka makin berkobar-kobarlah semangat nak DIY menDIY nih.citer DIY nih start dengan proses mendiy i punya e-day dais.semangat kan.cer tengok sikit ktaorg punya e-dai dais nih..
jeng jeng jeng...
.
.
.
.
.
nih proses pelaksanaannye..cer tgk,lintang pukang rumah dibuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

4m kain bulu-bulu (beli kt kamdar jln TAR)
4m kain langsir (amik kain recycle jumpe dalam lemari ummi)
4biji kusyen (curik kusyen sofa kt umah.jimat kan?haha)
1bijik gelegar katil (eh korang panggil benda ni ape ek?benda alah kayu pelapik katil tu)
5 jambak bunga-bungaan kaler biru + putih 
2 biji pasu plastik
kertas warna (untuk paper wheel)
doily paper (untuk paper wheel jgk)

bila dah berketuntang berpenat lelah..
dan hasilnya...
jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
ok tak ok tak? tak ok pun,alhamdulillah pertunangan kami berlansung dengan lancar dan jayanya.dah selamat jadik tunangan mr Ahmad Tarmizi Wardi tersayam.phewit.phweit. :)

sekian saja laporan untuk hari ni.
banyak lagi i punya DIY project yang nak disharekan kat sini.
jumpa lagi nanti ye.
bye 
(*_*)

Saturday 20 October 2012

Staf Kenduri Kahwin Diperlukan..

Pada teman-teman dan saudara mara yang baik hati dan dikasihi sekalin..

Aku nak mintak tolong sikit ni. Pada sapa-sapa yang ada masa terluang atau baik hati nak menabur bakti dan keringat kat majlis kesyukuran aku nanti, bleh la mesej aku k. Nak pakai wedding staff dalam 10 orang.
Tolong buat kerja tambah gulai atau lain-lain kerja yang patut di tolong pada hari majlis kahwin aku nanti. Majlis sebelah lelaki je.. 1 Disember 2012.

Tak da kerja-kerja basuh pinggan mangkuk, sebab aku nak pakai cawan ngan pinggan polysterin je nanti.. Pada sapa-sapa yang baik hati, mintak tolong ea.. :)

Aku dah tempah baju untuk wedding staff tu, design baju ada kat bawah.. kalo rasa nak tolong, kontek k..

Terima kasih, terima kasih, terima kasih..... :)


Ni design baju Staf Kenduri Kahwin aku nanti. Diberi percuma.. :)


Sori-sori.. wedding staff tak boley pakai baju pink, 
nanti nampak jambu plak.. 
kat bawah ni design sebenar baju tu. Kaler hitam.. 
"Garang dalam jiwang.."


*Baju dah ditempah, tapi belum siaplagi.. nanti dah siap, aku post dalam ni k. insyaallah selesa dan lawa dipakai.. Sponsored by maChairbundle.. :)

Wednesday 17 October 2012

Kad Jemputan ke Majlis Kesyukuran.. SIAP!!


Alhamdulillah, kad jemputan yang ditempah dah siap untuk diedarkan.. tempah jauh tao.. made in Melaka ni. hehe... Kad kawin ala-ala facebook gitu, sama ngan banner yang ditempah sebelum ni. bezanya cuma banner tu aku design sendiri, kad ni orang yang tolong designkan...

Pada kawan-kawan dan saudara mara yang duduk jauh-jauh tu, Jie nak mintak la alamat korang untuk proses pengeposan kad jemputan ni. Selama ni tak pernah pun simpan alamat member atau saudara mara.. mintak maaf la ea..

Korang semua boleh tinggalkan alamat kad dalam inbox facebook Jie atau tinggalkan je kat dalam ruangan komen kat bawah ni atau kat chat box dalam blog ni.. Harap sangat dapat tinggalkan alamat korang secepat mungkin k. Sebab Jie da nak start pos kad jemputan sekarang ni. Lambat-lambat takot tak sempat sampai plak.. :)

aiaiai... mrs. future wife da start post topik kat blog ni. Selamat mengarang ea yang.. :)

Sunday 14 October 2012

Peta Lokasi Ke Rumah Pengantin Perempuan


assalamualaikum.

*entry from echah (*_*)
Peta pihak lelaki sudah diupload, sekarang turn Pihak Perempuan pulak.Di sini disertakan peta lokasi ke rumahku syurgaku untuk panduan dan tatapan anda semua ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan kami. Kedatangan anda semua didahulukan dengan jutaan terima kasih.
alamat penuh adalah seperti yang tertera di bawah :
No 386 blok 11,
Felda kemahang 1,
17510 Tanah Merah,
Kelantan.
bagi rakan-rakan yang tidak dapat hadir, moga doa kalian  mengiringi majlis dan perkahwinan kami.
InsyaAllah,moga semua berjalan lancar seperti yang dirancang.aminn.


with love,
echah 


From Bride To Be, Echah :)

Assalamualaikum..
Actually,ni aku punya 1st entry. Si Bride To Be  :)
Lepas dah banyak kali kena bebel dengan si Penubuh Blog, Groom To Be (Mr Mijiey Wardi), at last aku tulis jgk entry utk blog ktaorg.bukan xsuke blog,bahkan telalu suka baca blog.suka baca je tapi xreti nak mengarang-ngarang nih.
untuk permulaan nih, aku xda nak post ape2,just nak say HYE.pasni saya start tulis entry banyak2 ye tuan tanah..

with love,
echah
(*_*)

Peta Lokasi ke Rumah Pengantin Lelaki


Assalamualaikum..

Kat atas ni aku ada letak kan peta ringkas ke rumah pengantin lelaki. Ke Majlis Kesyukuran (Bertandang) Mijie dan Aishah.. Untuk makluman kawan-kawan lama, aku sekarang dah pindah kat Kok Lanas dah.. Dah bertahun dah. Pada yang tak kenal lagi rumah aku, boleh la refer peta kat atas tu.. kat bawah ni alamat rumah aku..

Lot PT 1115, Jalan Tepi Politeknik Kota Bharu,
Kg. Lubuk Besar, Kok Lanas,
16450 Ketereh, Kelantan..

Diharapkan dengan kehadiran teman-teman semua, dapat memeriahkan lagi majlis ini.. :)